Nov 12, 2006

Jom Masak..


Kek Coklat Mocha Kukus Hanieliza

Bahan-Bahan:
Bahan A
1 ketul butter(250g)
1 cawan serbuk koko
1/4 cawan brown sugar/gula castor (version aku:blend gula pasir sampai halus-jadik la castor)
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis
3 biji telur 1 tsp esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum }
1 s/k baking powder }di ayak bersama 1/2 s/k soda bicarbonate }

Cara :
1.Campurkan semua bahan A dalam periuk atas api yang sederhana­..kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2.Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Curah ke dalam adunan koko di atas. 3.Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4.Tuang dalam acuan dalam 1/2 sahaja sebab nanti adunan akan naik. Bungkus penutup steamer/pengukus dgn kain lampin bersih(ummi pinjam skjp ye awisy..ekeke.).Sbb nk elak air dr penutup pengukus tu menitik kt kek..dh x cun laaaaaa..
5.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.Nak tau masak ke belum cucuk dgn lidi sate..Kalau nmpk melekit lg dgn adunan kek tu..so belum masak lg.Kalau bersih jk lidi tu dh masak elok la tu.

No comments: