Sep 7, 2007

Jom Masak

Ayam ooo ayam
Hari-hari makan ayam
Kali nih pun resepi ayam
Jenuh la korang asik tengok ayam!!

RENDANG AYAM
Bahan
1/2 ekor ayam-potong kecik2
sedikit cili blend
2 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
2cm lengkuas
2 btg serai
250ml santan
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
4 sudu kerisik
rempah rendang daging+air minyak garam

Cara
-semua bahan kt atas tu diblend kecuali daun limau,daun kunyit,santan,kerisik,rempah.
-tumis bahan kisar td +cili blend sehingga agak2 garing.
-masukkan rempah rendang daging ke dalam tumisan.
-masukkan ayam, santan,daun limau, daun kunyit.
-last sekali masukkan kerisik.
-masak sehingga agak2 pekat atau cair mengikut kesesuaian selera.

Sekian saja..Selamat Mencuba!!

1 comment:

Anonymous said...

humang aiii!!! rondang eehhh mengancam. teringat rondang mak mentuo seh... hehe... rondang negori warna kuning, rondang omak den belah perak warna golap merah kehitaman gitu.. mano-mano pun den suko!! semuo rondang den bedal!