May 26, 2008

Jom Masak...

Dag dig dug(bunyi jantung..hahaha) haaa tu dia dah pun sampai hujung minggu..so nih laa antara yg intan cuba buat hujung minggu yg lepas..masih dalam prektis pemakanan nasi hanya di hujung minggu..ada ikan patin..ada tempoyak..haa apa lagi ku cuba juga..tak pernah mahir nak masak juadah ni dari dulu..penat berguru dengan org perak..orang pahang..aih jenuh mokcik..kali ni punn gaya abg makan mcm kureng umph nya..SEMESTINYA BUKAN DISEBABKAN RESEPI..jgn salah sangka ya tuan empunya resepi..ehhe..sbb masa cuba resepi beliau nih bahan2 intan kureng mencukupi..pastu ada petua2nya yg ku tak 'i follow u'..hahah..ya ampunnn..nak cepatnya kelija..insyaAllah akan ku cuba jua membuatnya lain kali..nih gara-gara tukang masak yg tak berapa pro la nih!(sikit baik sedar diri..hahaha)..Apa-apa pun TERIMA KASIH DAUN KELADI YA MAMABUGS(MyResepi)..ku c&p saja ya..gambonya kureng tajam..tulang ikan tu lagi tajam!


GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN MAMABUGS(dr MyResepi)
Bahan-bahan ( Mkn utk 4 org )
Ikan Patin atau Baung
Tempoyak, dari durian baru
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
Daun Kesom 5 tangkai
Kunyit hidup atau serbok
Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.

Cara-cara
-Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Mak saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.
-Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.

Tambahan: Masakan tempoyak ikan Patin/Baung banyak variasi. Ini ada versi Perak original.Pah saya punya resepi. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau cuka.
Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya.

NOTES INTAN: haaa bagus kan penerangannya..tapi saya tak ikut betui2..saya ada tempoyak yg dah lama juga..dan saya tak masak tempoyak dan perap ikan bersama tempoyak tu..bunga kantan yg dpt award tu pun saya tak guna..tu laa tulah namanya..cili merah pun takde byk stok..so pepaham je ye puan-puan..saya tak cukup bahan..jadinya masakan pun kureng umphnya..haha alasan!

CUBA YE..SELAMAT MAJU JAYA..

2 comments:

zana @ ros hassan said...

akak pun intan...masak tempoyak ikan patin ni men hantam je. kalau ada tempoyak wat sendri ada le..kalau tak beli je yg kat kedai tu tapi memang le yg kat kedai tu kurang sedap. hubby akak suka masak tempoyak cengini. akak suka kuah je...ikan dia tak suka hehehe

nabialishad said...

Sis Zana
-lorr ikan tu yg mahai tu kak..ehhe..klu akak masak ni untuk intan..kene pastikan nasi yg dimasak mencukupi ya..hahah..