May 4, 2008

Jom Cuba...

Entah berapa lama resepi nih dok bertapa dalam gua ala ala Alice In The Wonderland..hihihi..ramai bloggers dan fotopagers dah mencuba resepi ni..rata-rata memuji kesedapan resepi ni..tu yg tambah teruja intan nak mencuba..last perhentian intan tgk kat blog Cik Mat Gebu..ooohhh tak boleh jadi nihh..kene cuba gak dok berbisik dalam hati..harus ku akui resepi nih mmg sedap dan ringkas!TERIMA KASIH CMG..sbb gambo mufin CMG laaa intan tambah teruja nak buat kan..hhehe..TERIMA KASIH JUA YANI MYRESEPI(kalau tak silap) kerana sudi berkongsi ya..

Sorry la ye gambo tak berapa nak jelas..Kalau belum cukup teruja..sila laa ke laman web CMG ke ye..sbb gambo beliau mmg takleh lepas perasaan ingin mencuba tu..ehheh..

PANDAN MUFIN YANI
Bahan-Bahannya
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum)
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco-ku guna pes pandan

Cara membuatnya
Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

NOTE:
-ni kes salin resepi je ye CMG..terima kasih..
-intan tambah choc chips..saja bagi anak4 seronok..
-resepi strawberry mufin..tapi intan modify guna pandan... ya ampunnn...
-dek kerana daun pandan yg kehabisan stok..intan lak nak juga buat..so perisa pandan dan sedikit pewarna hijau yg digunakan..huhu..kureng laa kan original taste tu..tp alhamdulillah dapat gak merasa..cuba ye..

SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

MamaFaMi said...

Wah, dalam diam dia on projek muffin pulak! Memang diam-diam berisi la ko ni Intan!

Anonymous said...

Kita pun dah cuba resipi ini ..hasilnya memang sedap kan, apalagi baunya memang wangi.

Anonymous said...

>> nak mencuba tak reti pula...
>> karang bukan muffin yang terhasil..entah apa yang terhasil...:d

Anonymous said...

yessss..comei skali hehehe

Anonymous said...

salam..kalau free fly ke uk jap,ada hadiah untk intan ok.

Anonymous said...

MamaFami
-lorr mmg berisi pun sekarang...hahahha..

Sis Masriyah
-tu la kan..aduhaii snang pulak tu..

psssttt salam.. dlm bbrp minit intan dah nak mendarat kat UK nih...hhhehe..

Bro Jeff
-mufin tuko jd roti..wahhh ok peee...hehhe..

Leezsa
-intan comeiiii? yeeehaaa best tu..ehhehe..

Anonymous said...

>> happy belated mothers' day to you...:-d

Anonymous said...

Bro Jeff
-aiseh brooo terharu laa sayerrr..thanks a very mucho lah!! hehehe..