PAN PIZZA SIS NOORMASRI dengan idea menggunakan pan oleh SIS ZAKIAH..Thanks both!!!
PIZZA SARDINE NABIALISHAD dengan gunakan based di bawah..
TRADITIONAL PIZZA BASE SIS NOORMASRI( base ni jenis yg lembut)
Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in
350 g tepung roti (strong white bread flour)
1 sudu kecil garam (paras rata)
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera (easy blend dried yeast)
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti dgn minyak masak jika suka
Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dalam air.
Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
Bakar semula sehingga keju cair
SOS TOMATO
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat
BAHAN TABURAN
200 g sayuran campur beku
5-6 cendawan butang }dihiris nipis
125 g parutan keju mozzarella
125 g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam } dipotong nipis direbus sehingga masak
Celur semua sayuran didalam air mendidih selama 1 minit kemudian toskan atau pun masak dlm microwave selama 1 minit High Power..
Inti boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing samada nak letak isi ayam, sosej, udang, sotong yg telah direbus/celur terlebih dahulu atau masak dlm microwave selama 1-2 minit High Power..
NOTES:
INTAN-intan x buat topping camtu..tapi just rebus sosej n hiris2 dan tabur atas piza..n ms part bakar base dlm oven tu..cuma masukkan base terus ke dalam pan dan biarkan dia naik semula dlm setengah jam..kemudian bakar dgn api agak sederhana dan agak2 mcm masak sket..balikkan dan bakar sket..tutup api..kemudian tabur sapu sgala sos dan tabur topping n bakar sket lagi pizanya..last skali baru letak cheese n tutup nonstick pan supaya cheese cair...n walla siap!!
Jan 4, 2007
Jom Masak...
Labels: Western
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment