Nov 14, 2007

Jom Masak...


PAJERI NENAS NABIALISHAD
Bahan-bahan
1/2 biji nenas - dipotong bulat/half bulat
minyak makan
3 s/b santan pekat
3 s/b serbuk kari daging
1 s/b serbuk kunyit
1 s/b kerisik
1 s/b gula
1 btg serai dititik
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan untuk menumis

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih dihiris
3 cm halia
3 cm kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Nenas dibuang kulitnya dan potong nipis setengah inci. Celur sedikit bersama dengan air dan garam, asingkan.
Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan bahan hirisan sampai wangi.
Masukkan rempah yang telah dicampur air untuk dijadikan pes. Goreng sampai masak.
Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan kepingan nenas, selepas itu gula, santan dan kerisik.
Masak untuk beberapa minit dengan api yang perlahan.
Kacau dan padamkan api.

No comments: