Dec 11, 2007

Jom Masak...



YONG TAUFU SIS ROSSYA
Bahan A
100g kacang soya
50gm ikan bilis
garam dan lada sulah

Bahan B
200g isi ikan tenggiri dikisar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 tangkai daun sop dirampai
1 tangkai daun ketumbar dirampai
sehiris lobak merah didadu kecil2 jika suka
sedikit tepung jagung

Bahan C
6 biji lada merah dibelah jangan putus
6 biji lada hijau dibelah jangan putus
1 batang peria dikorek dan buang biji nya
6 batang kacang bende
2 keping tahu putih
2 keping tahu kering
1 ekor sotong kembang, direbus hingga lembut
beberapa biji bebola ikan atau sotong atau ketam mengikut kegemaran anda
(Anda boleh juga gunakan sayuran lain seperti kobis bunga, kangkong, paru yang sudah direbus dan dihiris, udang yang besar sedikit dan sebagainya.)

Cara Untuk Bahan A ~ Sedia kan periuk dan isi kan air secukupnya. Rebus kacang soya bersama ikan bilis kering hingga mendidih. Apabila telah mendidih lama sedikit .. keluarkan kacang soya dan ikan bilis dengan menggunakan senduk saringan. Letakkan garam dan lada sulah secukupnya pada sop. Campurkan sedikit hirisan daun sop dan bawang goreng. Mati kan api. (Kacang soya dan ikan bilis tadi tidak lagi digunakan. Hanya untuk perasa sahaja)

Cara untuk Bahan B & C ~ Gaul rata semua bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering, renjiskan sedikit air dan gaul sehingga adunan lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan2 C, seperti tauhu, lada, peria (setelah diisi dengan ikan di hiris2) dan kacang bende. Tangan hendaklah dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu.

Bila hendak dihidangkan, bahan2 tersebut hendak dicelur sehingga masak. Kemudian dipotong2 dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang dan hidangkan dengan sambal nya. Enak dimakan panas-panas.

Bahan sos sambal untuk cicah :
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih dikisar
100g gula merah atau gula melaka
4 sudu gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air
Jus dari 6 biji limau kasturi

Satukan semua bahan dan dimasak hingga mendidih dan pekat.

Sis Rossya's simple Yongtaufu sos:
3 sudu makan cili boh
1 sudu makan tomato sos
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya

Satu kan kesemua bahan untuk mendapatkan sos yang pekat. Didih kan sebentar dan angkat.

NOTES:
Intan - intan gunakan crabball..prawnball..cili merah dan bendi yg dibelah then isikan dengan isi tenggiri tu..pastu buat fish ball dr isi tenggiri td..pastu gunakan kangkung..intan ikut style kak rossya buat sos..dan semasa menghidang lupa nak tabur bawang goreng..hehe layannnn..simple je tgk apa yg ada kat umah..sbb mmg intention nak cuba dulu..(lama dah berangan nak buat..sejak kak rossya masih lagi aktif dulu..huhu sorry sis..anak murid derhaka!!) haha..

So hasilnya mmg laa teramat sedapnya..rasanya mmg sama saja yg penah ku makan kat kedai..dek sbb payah nak jumpa sup ytf...mmg harus buat saja lepas nih..bukan susah mana..asai ada semangat yg membara saja..hahaha poyo tau ini intan!! THANKS SO MUCHO SIS ROSSYA!! mmg sedap..sosnya pun sebiji rasanya..pehh pueh bebs..so apa lagi nak tunggu nih..jom laa cuba sekali..pasti nak lagi!! heehe..

5 comments:

MamaFaMi said...

Esh sedapnya makan Yong Tau Foo. Hubby ma punya favourite ni...tapi bini dia malas buat!

Sabrina said...

Kak Sab pun suka makan yong tau fu tapi idakler buat sendiri. Kak Sab selalu beli kat pasar tani shah alam dengan pasar tani kerinchi tu.. Memang sedaplah minah tu punya yong tau fu sampaikan tak nak beli kat orang lain.. heheheh

Anonymous said...

YTF ni my feveret nihh...tp nk membuat maleh nk pegi beli pun malehh....muahahahaa...tunggu balik SP, mak tolong buatkan...:)

Anonymous said...

Haha.. dah try pun... jenuh tak buat nyer? Lain kali wat sop and sos dia lah... bahan2 lain gi beli jer.. Cepat leh enjoy..

emm.. lainkali jemput akak tau.. slurppp..

nabialishad said...

MamaFami
-resepi nih mmg sedap ma..takpe hubby ma jangan riso..intan akan gunakan ayat yg paling power psiko bini dia!! hahah..

Sis Sab
-alaa kene try juga tu nnt..intan nih payah kak nk g psr mlm anak nangoi ramai mengekor..hehehe..

Nic
-mak buat lagi kaw yang!!

Sis Rossya
-Tu la tu..terima kasih laa kak..sowi banget..br now nak mencuba..ye laa lain kali ingat nk beli je bhn2nya..xyah susah2..pehhh thanks sis!!

halaaa klu sis sblh dapur ja..harus ku ajak join!! heheh..