Jan 1, 2006

Jom Masak

Mihun ooo mihun
Ada juga panggil bihun
Pelbagai resepi menimbun-nimbun
Mihun juga yang abang pulun..

MIHUN SUP
Bahan
serbuk rempah sup adabi
bunga lawang
kayu manis
buah pelaga
bawang merah
bawang putih
halia
serai dititik
daging+ayam dihiris kecil (ikut kesukaan memasing)
mihun

HIASAN tahu goreng dipotong2 dadu daun bawang dihiris sayur sawi direbus cili merah dihiris tauge dicelur sedikit/basuh bersih

SAMBAL KICAP
-segenggam cili padi ditumbuk hingga lumat.
-dimasak atas api dgn sedikit sj air.
-masukkan asam keping
-masukkan kicap secukupnya
-masuk garam gula secukupnya
-masak sambal hingga mendidih.
-lagi sedikir airnya lg pekat sambalnya..

CARA
-bwg merah+putih+halia dikisar halus dan ditumis bersama kayu manis+buah pelaga+bunga lawang hingga naik bau
-serbuk rempah sup dibancuh dgn air-likat2 ditumis sekali bersama bahan tumisan td.
-agak2 bau naik masukkan air secukupnya utk kuah dan masukkan daging potong kecil2 dan ayam dihiris. Masukkan sekali serai ke dalam sup.
-masak sup hingga mendidih n daging+ayam empuk. -mihun direbus dan dihidang bersama sup serta hiasannya dan sambal kicap.

MIHUN GORENG SPECIAL
Mihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat (intan gunakan kicap biasa sj..)
1 sudu besar sos tiram (intan kehabisan stok..uhuk)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa Garam/Gula
Sayur Sawi/Taugeh Udang - dibuang kulit [xde pulak udang dlm peti ais]
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau.Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!

Pelbagai variasi mihun nih..intan selalu buat jenis hitam/coklat..dan juga mihun putih(singapore)..so untuk resepi yg biasa intan buat:

MIHUN GORENG HITAM
1/2 bungkus mihun TESCO (intan panaskan air dlm periuk..n masukkan sebentar mihunnya..jgn terlalu lama..klu terlebih nnt mihun akan lembik n mudah putus)
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap kipas udang(ikut warna yg disukai..makin byk kicap makin sedap)
3 s/b sos cili KIMBALL
2 s/b lada sulah/lada hitam kasar
Garam(hanya buat syarat..sbb gabungan kicap+lada sulah tu dh ckup masin..kengkdg intan x letak)
Sayur Sawi/Daun bawang Daging batang pinang - dipotong kecil2-lagi byk lagi sedap

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan dikacau sebentar.Kemudian masukkan air agak2 tenggelam dagingnya sbb nnt hasil mihunnya akan lembab2 gitu. Masukkan kicap+sos+lada sulah dan kacau hingga sebati. Biar sebentar hingga masak.Bila rasanya dh ckup masin manis pedas, masukkan mihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!

NOTE:
*Intan -kalau nak buat jenis warna putih tu pula..intan tumis dengan udang kering..dan x masukkan kicap sos bagai..cuma make sure udang kering tu agak byk dan pecahkan telur sekali..n intan akan make sure intan pakai lada hitam ditumbuk..baru best!

Segala jenis masakan mihun abang cukup suka..tak makan nasi pun beliau tak kisah..huhu..mudah kan? hehe..

2 comments:

Anonymous said...

waaa...suma mihun jer...nasik takde ke...:D

nabialishad said...

nic
-hihi...nih entry lama2 ms fp dulu la yang...saja nk letak semua kat sini..