TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail/peach
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula -ku kurangkan gula..
3 cawan susu segar -ku pakai susu cair IDEAL..hehehe..
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Nov 2, 2007
Jom Masak
Labels: Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sejuk tekak nengok nya..nak kena buat lagi lah...
sis tun
Post a Comment