Jan 8, 2008

Jom Masak...

Dek selalu ditayang godaan demi godaan..akhirnya ku mengaku kalah..ku tergoda jua di penghujung jalan...hahhahaha poyo bunyinya..jangan salah sangka lagi ye..ku tergoda dengan hasil kerja tangan MamaFami sebenarnya..hihihi..baru2 nih beliau ada mencuba satu resepi dari chef terkenal kita..Chef Norzailina Nordin...THANKS MAMAFAMI & CHEF NORZ!!cantik sungguh marble yg dihasilkan..intan nih mmg dari dulu kalau buat marble mmg harus failed!! hihihi..tangan takde seni..So intan pun cuba laa resepi ni..intan buat setengah adunan..mula-mula tu semangat nak me'marble' cukup tinggi..akhirnya intan buat mcm kek lapis tak berseni ja..hahahah...ya ampun maaaaaa..anak murid dehaka!! hahahaha...tapi resepi nih cukup sedap..sekali ngadap anak4 n ayahnya makan..habis! konon nak simpan untuk deco sedikit..tak sempat pulak!! hihi..mereka makan panas2 dalam cup tu..sila la cuba ye..

KEK MARBLE SUSU CHEF NORZAILINA NORDIN
250g mentega (Mama guna majerin)
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair (Mama gunakan susu segar)
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco (I used chocolate emulco)

Kaedah penyediaan :
Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Baar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.

NOTE:
Intan buat setengah adunan dpt dalam 12 cup seperti gambar tu..intan ikut cara mamaF guna susu segar dan chocolate emulco..

3 comments:

MamaFaMi said...

Haiya...kenapa tak belah tengah, nak ler nengok belangnya... belang zebra ke, belang kucing ke... ahakss..

nabialishad said...

Mamafami
-ku ada amik pic..tapi x berapa jelas laa ma..biasalah unprofessional nya keje..hahah..

fadillah said...

Hi Nabialishad. Sya selalu baca blog awawk. takpe kan?btw, sya nak tanya la, cup tuk cupcake tu mana nak dapat eh.puas dah sya round2 kat kedai bakery.huhu..suka sgt tgk awak masak2.rajin betul.kalau berjiran kan best. :P